Rindu
Lepaskan rasa itu
Rasa yang tak tertanggung
Rasa yang tak tercapai akal
Kau punya banyak pilihan
Kau punya banyak jalan
Pilih lah mengikut apa yang kau inginkan
Jalan lah menuju impian yang kau impikan
Pergilah
Aku ingin lihat kau bahagia
Aku ingin lihat kau tenang
Aku ingin lihat kau gembira dengan apa yang kau impikan
Aku tak sanggup lihat kau terikat dengan kata-kata dusta
Dengan perlakuan yang pura-pura
Kerana semua itu berdosa
Kau terseksa
Aku merana
Cinta perlukan pengorbanan
Cinta perlukan ketulusan
Cinta perlukan kepercayaan
Cinta perlukan keyakinan
Belajarlah dari pengalaman
Ia nya bisa mematangkan pemikiran
Mengajar erti kehidupan
Meluaskan pandangan untuk merangka masa depan
Takdir semua di tangan tuhan
Kita manusia
Hanya mampu merancang
Leraikan
Lepaskan
Relakan
Yakinlah dengan ketentuan tuhan
Pasti yang lebih baik akan mendatang
Kerana Dia tak pernah mengecewakan
No comments:
Post a Comment