Thursday, June 30, 2011

Wednesday, June 29, 2011

Tuesday, June 28, 2011

Penakut by Yuna

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah kau cuba ringankan

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Kau bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku



Buat kamu...

Rindu
Lepaskan rasa itu
Rasa yang tak tertanggung
Rasa yang tak tercapai akal

Kau punya banyak pilihan
Kau punya banyak jalan
Pilih lah mengikut apa yang kau inginkan
Jalan lah menuju impian yang kau impikan
Pergilah
Aku ingin lihat kau bahagia
Aku ingin lihat kau tenang
Aku ingin lihat kau gembira dengan apa yang kau impikan
Aku tak sanggup lihat kau terikat dengan kata-kata dusta
Dengan perlakuan yang pura-pura
Kerana semua itu berdosa
Kau terseksa
Aku merana

Cinta perlukan pengorbanan
Cinta perlukan ketulusan
Cinta perlukan kepercayaan
Cinta perlukan keyakinan

Belajarlah dari pengalaman
Ia nya bisa mematangkan pemikiran
Mengajar erti kehidupan
Meluaskan pandangan untuk merangka masa depan

Takdir semua di tangan tuhan
Kita manusia
Hanya mampu merancang

Leraikan
Lepaskan
Relakan
Yakinlah dengan ketentuan tuhan
Pasti yang lebih baik akan mendatang
Kerana Dia tak pernah mengecewakan

Monday, June 27, 2011

Jalan

kau punya pilihan
mengapa mesti kau pilih jalan yang bersimpang?
takdir atau itu pilihan yang kau impikan?
aku tak punya jawapan

Saturday, June 25, 2011

Ketentuan Ilahi

Cepat gila masa berlalu.
Dalam sedar tak sedar,dah 6 bulan aku berhenti kerja.
Punya lah lama duduk bertapa kat rumah :p
Harap2 cepatlah surat UKM sampai.
Dah tak sabar sangat nak sambung belajar.
Alhamdulillah..aku bersyukur sangat dengan ketentuan Allah.
Ada hikmah disebalik perletakan jawatan aku sebagai seorang jurutera yang tak berapa jurutera tu.
Hahaha :D
Banyak sangat benda yang berlaku dalam tempoh 6 bulan ini.
Terlalu banyak.
Bila difikir2 semula memang rasa tak tertanggung segala dugaan yang diberi oleh Dia.
Tapi akhirnya aku berjaya juga melalui nya walaupun ditemani air mata yang tak henti2.
Kerana aku yakin Allah sentiasa ada menemani.
Kerana aku yakin Allah itu adil.
Kerana aku yakin Allah lebih mengetahui.
Kerana aku yakin ada hikmah di sebalik segala apa yang terjadi.
Aku yakin.
Aku pasti.
Syukur tak terhingga aku rasakan.
Dugaan yang menimpa diri betul2 membuka mata.
Membuat diri lebih kuat,lebih tabah menghadapi setiap dugaan yang datang.
Aku tak pernah rasa kesal dengan apa yang terjadi.
Terima kasih ya Allah :')


Thursday, June 2, 2011

Sabar menanti

Masa berlalu.Kawan aku sorang-sorang mula mengorak langkah ke alam kehidupan yang baru.Punya teman sehidup semati.Punya keluarga besar yang baru.Dan ada yang sudah punya zuriat menemani kehidupan.Cepatnya masa berlalu :') Aku??Aku tetap sendiri.Seorang.Masih mencari.Masih menuggu.Tetap berusaha.Dan hanya mampu berdoa.Berserah semua kepadaNya.Aku tetap sabar menanti :)